Jumaat, 26 Julai 2024

MINGGU KELAPAN


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada minggu kelapan bermula 22 Julai sehingga 26 Julai 2024, kelas pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa dan ada beberapa aktiviti dan pengisian antaranya ialah perjumpaan homeroom, lawatan penanda aras ke SBPI Jempol, mesyuarat, pengisian ceramah jemputan di Surau maktab, kelas Tamhidi waktu malam ujian lisan UTQH bagi tingkatan 5 dan program solat hajat dan bacaan yaasin bagi persediaan peperiksaan akhir semester 1 bagi tahun ini. 

Perjumpaan homeroom Fatanah 3.

Lawatan penanda aras ke SBPI Jempol.

Kelas Tamhidi tingakatan 2 setiap Rabu malam.

Perujian UTQH tingkatan 5 bagi Semester 1, 2024.

Pengisian Kuliah Maghrib oleh Penceramah Jemputan.

Program Solat hajat dan bacaan Yaasin bagi persediaan Peperiksaan akhir semester 1.


Berikut antara objektif dan rancangan pengajaran bagi kelas minggu ini:-

6.11.1 Menyatakan pengertian sifat qanaah.

6.11.2 Menyatakan dalil naqli berkaitan dengan sifat qanaah.

6.11.3 Menyatakan contoh sifat qanaah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

6.11.4 Menjelaskan ciri sifat qanaah.

6.11.5 Menerangkan kesilapan tanggapan berkaitan sifat qanaah..

6.11.6 Merumuskan hikmah bersifat qanaah.

6.11.7 Mengamalkan sifat qanaah secara beradab dan istiqamah.

SET INDUKSI

Pelajar menonton video animasi seterusnya dibincangkan dapatan ilmu daripada video tersebut. Link : https://www.youtube.com/watch?v=jihETXKhEsE

LANGKAH PENGAJARAN

1.     Penerangan guru tentang qanaah

2.     Soal jawab maksud qanaah beserta contoh

3.     Pelajar dikehendaki menulis pada ruangan (K/Know) apa yang mereka tahu dan (W/Want) apa yang mereka ingin tahu tentang sifat qanaah. ( K-W-L) Guru meminta pelajar secara rawak membacakan hasil penulisan pelajar dan mencatat di papan putih.

4.     Perbincangan kumpulan dan pembentangan berdasarkan tajuk yang diberikan

            - Contoh sifat qanah Rasulullah SAW

            - Ciri-ciri sifat qanaah

            - Salah faham tentang sifat qanaah

5.     Rumusan pembelajaran oleh guru dan pelajar.

PENUTUP

Guru membuat penilaian pentaksiran berdasarkan buku teks muka surat 196 soalan 1,3,4 dan 5 sebagai pentaksiran bilik darjah.





Ahad, 21 Julai 2024

MINGGU KETUJUH



 بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  

Minggu ketujuh ini bermula pada 15 Julai sehingga 21 Julai. Pada minggu ini, kelas pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa namun pada 15 Julai petang, kami unit pendidikan islam telah melaksanakan Program Sambutan Maal Hijrah peringkat MRSM Serting. Beberapa pengisian yang menarik yang dijalankan sebagaimana lampiran bergambar yang disediakan. 

Tentatif Program
Forum Maal Hijrah

Tokoh Maal Hijrah kategori pelajar.

Pada hari selasa petang, saya telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan Pendidikan Islam bagi tingkatan 3 bagi mengisi slot Program Gerak Gemilang(PGG). Bengkel ini diadakan bagi memberi kefahaman dan penyelarasan jawapan dalam kalangan pelajar agar pelajar tidak mudah hilang markah dalam menjawab soalan peperiksaan. 

Bengkel Menjawab Soalan PAI Tingkatan 3.


Menyelia mini assembly batch Tingkatan 3.

Suasana Kelas PDP Pai Tingkatan 4.

Pada 15 dan 16 Julai yang merupakan hari tasu'a dan asyura, Badan Dakwah dan Kerohanian(BADAR) telah memprogramkan Sahur dan Iftar Jamie sebagai galakan kepada para pelajar untuk berpuasa. Alhamdulillah sambutan dalam kalangan pelajar sangat meriah dan ia dapat dijayakan dengan baik dengan pengisian kefahaman puasa sunat yang disampaikan di Surau al-Huda.

Program Sahur dan Iftar Jamaie.

Bengkel dan taklimat Penggunaan AED secara hands-on.

Program kecemerlangan pelajar SPM 2024.

Berikut merupakan antara objektif dan perancangan pengajaran pada minggu ini iaitu :-

4.16.1 Menyatakan maksud, hokum dan dalil zakat.

4.16.2 Menjelaskan syarat wajib mengeluarkan zakat.

4.16.3 Menerangkan jenis zakat.

4.16.4 Menerangkan asnaf yang layak menerima zakat.

4.16.5 Merumuskan hikmah pensyariatan zakat.

4.16.6 Melaksanakan amalan bersedekah secara beradab dan istiqamah.

SET INDUKSI

Guru memaparkan gambar orang sedang membayar zakat. Pelajar menghayati gambar yang dipaparkan.

(Guru mengemukakan soalan dan pelajar memberikan pandangan terhadap soalan yang dikemukakan dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.

LANGKAH PENGAJARAN

1.     Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan bagi membincangkan

a.     maksud, hukum, dalil dan syarat wajib zakat

    1. zakat binatang ternakan
    2. hasil tanaman
    3. emas, perak, mata wang
    4. perniagaan

f.      harta rikaz dan galian

2.     Pelajar diberi masa berbincang dalam kumpulan dan hasil perbincangan ditulis di kertas mahjung yang disediakan ditampal disekeliling kelas.

3.     Seorang wakil kumpulan akan berada di galeri masing-masing untuk memberi penerangan kepada kumpulan lain. (gallery  walk).

  1. Guru mengukuhkan  kefahaman  pelajar  berkaitan persoalan  di atas.

5.     Beberapa orang pelajar diminta memberikan sumbangsaran secara lisan mengenai hikmah digalakkan untuk membayar zakat (shout out).

6.     Guru dan pelajar menyusun semula hikmah-hikmah yang telah disenaraikan secara sistematik.

PENUTUP

Pelajar diminta menyatakan peranan institusi zakat di Malaysia dan perbincangan dibuat antara guru dan pelajar-pelajar untuk menentukan jawapan yang betul.




Ahad, 14 Julai 2024

MINGGU KEENAM


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu keenam ini bermula pada 9 Julai sehingga 12 Julai 2024. Minggu ini saya lebih mengfokuskan kepada silibus pengajaran bagi topik peperiksaan akhir pada hujung bulan ini. Pendekatan yang digunakan adalah dengan cara menghabiskan silibus dahulu sebelum dilaksanakan ulangkaji melalui latihan, pop kuiz, game dan aktiviti di dalam kelas. Dalam masa yang sama, mesyuarat unit Pendidikan Islam juga telah diadakan dengan penerangan dan perkongsian oleh Ketua Jabatan Sains Sosial. Kami juga membincangkan berkaitan dengan gerak kerja bagi menjayakan program Sambutan Maal Hijrah peringkat maktab pada minggu hadapan. 

Mesyuarat Unit pendidikan Islam bersama Ketua Jabatan.

Kelas pengajaran dan pembelajaran.

Kelas Pengajaran Tamhidi berjalan seperti biasa pada setiap hari Rabu malam.


Memantau latihan silat di Dataran usahawan.

Latihan Qasidah bagi program Sambutan Maal hijrah.

Mesyuarat bersama barisan Exco Badar.

Menyelia Ceramah Perdana Maal Hijrah.


Berikut merupakan antara objektif dan perancangan pengajaran minggu ini:-

5.2.1 Menyatakan maksud jahiliah.

5.2.2 Menjelaskan keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi:

i. akidah

ii. akhlak

5.2.3 Menerangkan sebab Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliah.

5.2.4 Menghuraikan nilai-nilai negatif masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dan mengambil pengajaran daripadanya.

5.2.5 Membina jati diri muslim.

5.2.6 Menjaga batas pergaulan dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.

SET INDUKSI

1.     Guru menayangkan video dan pautannya : https://www.youtube.com/watch?v=n4uycBPcAaE

2.     Guru bersoal jawab dengan pelajar. (Brainstorming)

-       Apakah yang kamu lihat pada video tersebut?

-       Apakah perubahan yang kamu dapati selain dalam video tersebut?

3.     Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran hari ini.

LANGKAH PENGAJARAN

1.     Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan untuk membina peta pemikiran secara berkumpulan.

(Peta i-Think) 

-       Kumpulan 1: maksud jahiliah

-       Kumpulan 2: keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akidah

-       Kumpulan 3: keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akhlak

-       Kumpulan 4: sebab Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliah

-       Kumpulan 5: nilai-nilai negatif masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW

2.     Setelah selesai, pelajar diminta menampalkan hasil tugasan di lima sudut sekitar kelas.

3.     Pelajar perlu bergerak ke setiap stesen bagi mendapatkan jawapan untuk melengkapkan helaian catatan

yang telah dibekalkan. (Hentian bas)

4.     Guru akan membacakan beberapa contoh akhlak.

5.     Sekiranya akhlak buruk yang disebutkan, pelajar sepatutnya bergerak ke sebelah kiri dan sekiranya

akhlak baik, mereka akan bergerak ke sebelah kanan secara serentak. (Attitude movement)

PENUTUP

1.     Guru menaikkan semangat pelajar agar membina jati diri muslim dengan kemantapan akidah dan

akhlak mahmudah.

2.     Guru mengingatkan pelajar agar menjaga batas pergaulan dalam kehidupan secara beradab dan

istiqamah.

3.     Guru membuat penilaian pentaksiran berdasarkan buku Teks mukasurat 100 sebagai Pentaksiran Bilik

Darjah.  (Pentaksiran Bilik Darjah PBD)




Ahad, 7 Julai 2024

MINGGU KELIMA


 بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu kelima ini bermula pada 1 Julai sehingga 5 Julai 2024. Pada minggu ini, jadual dipenuhi dengan kelas pengajaran dan pembelajaran dan waktu petang diisi dengan mesyuarat, program dan aktiviti. Pada hari Isnin petang, majlis perhimpunan rasmi maktab diadakan dengan ucapan pihak pengurusan dan majlis penghargaan kepada pelajar atas kejayaan masing-masing di dalam aktiviti dan pertandingan yang disertai. Pada hari selasa petang pula, mesyuarat Hirarc bagi mengenalpasti hazard yang ada di kawasan maktab dan mencari solusi dalam mengatasi masalah-masalah yang ada mengikut tahap-tahap bahaya. 

Perhimpunan rasmi maktab di Dewan Gemilang.

Suasana kelas pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Mesyuarat Hirarc di Bilik Jempol.

Antara tugasan guru asrama, memantau keadaan Dewan Selera.

Mengenalpasti hazard di asrama at-Tarmizi. Gambar menunjukkan kabel yang
tidak digunakan berjuntai dan status tidak diketahui samada ada voltan atau tidak.

Proses mendapatkan sebutharga bagi menukar alas baru di
tempat wuduk Surau.

Pengisian program SEM bagi pelajar tingkatan 2.


Berikut merupakan antara objektif dan perancangan pengajaran bagi minggu ini yang merupakan kelas pencerapan pertama bagi semester 3 ini:-

2.7.1 Membaca hadis dengan betul.

2.7.2 Menyatakan terjemahan hadis.

2.7.3 Menerangkan sifat negatif yang dinyatakan dalam hadis.

2.7.4 Merumuskan pengajaran hadis dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan.

2.7.5 Menjauhi sifat negatif yag dinyatakan dalam hadis dan mengamalkan hadis sebagi doa secara beradab dan istiqamah.

SET INDUKSI

- Bacaan hadis oleh guru dan pelajar.

- Pelajar membaca hadis bersama-sama guru.

- Link video (video klip) : https://www.youtube.com/watch?v=nbxefYSB_OA

LANGKAH PENGAJARAN

- Aktiviti berkumpulan: Tasmik bacaan dengan panduan guru

- Menulis intisari hadis dengan lengkap.

- Pembentangan kumpulan berdasarkan tajuk yang diberi.

1) Menerangkan sifat hadis

2)Kelebihan menjauhi sifat negatif.

3)Pengajaran yang dapat diambil.

PENUTUP

- Guru membuat penilaian berdasarkan soalan KBAT yang berkaitan dengan topik yang dipelajari hari ini.

Cerapan pertama bagi Semester 3.


Sesi penilaian pelajar melalui Quizizz e-card.