Ahad, 14 Julai 2024

MINGGU KEENAM


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu keenam ini bermula pada 9 Julai sehingga 12 Julai 2024. Minggu ini saya lebih mengfokuskan kepada silibus pengajaran bagi topik peperiksaan akhir pada hujung bulan ini. Pendekatan yang digunakan adalah dengan cara menghabiskan silibus dahulu sebelum dilaksanakan ulangkaji melalui latihan, pop kuiz, game dan aktiviti di dalam kelas. Dalam masa yang sama, mesyuarat unit Pendidikan Islam juga telah diadakan dengan penerangan dan perkongsian oleh Ketua Jabatan Sains Sosial. Kami juga membincangkan berkaitan dengan gerak kerja bagi menjayakan program Sambutan Maal Hijrah peringkat maktab pada minggu hadapan. 

Mesyuarat Unit pendidikan Islam bersama Ketua Jabatan.

Kelas pengajaran dan pembelajaran.

Kelas Pengajaran Tamhidi berjalan seperti biasa pada setiap hari Rabu malam.


Memantau latihan silat di Dataran usahawan.

Latihan Qasidah bagi program Sambutan Maal hijrah.

Mesyuarat bersama barisan Exco Badar.

Menyelia Ceramah Perdana Maal Hijrah.


Berikut merupakan antara objektif dan perancangan pengajaran minggu ini:-

5.2.1 Menyatakan maksud jahiliah.

5.2.2 Menjelaskan keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi:

i. akidah

ii. akhlak

5.2.3 Menerangkan sebab Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliah.

5.2.4 Menghuraikan nilai-nilai negatif masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dan mengambil pengajaran daripadanya.

5.2.5 Membina jati diri muslim.

5.2.6 Menjaga batas pergaulan dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah.

SET INDUKSI

1.     Guru menayangkan video dan pautannya : https://www.youtube.com/watch?v=n4uycBPcAaE

2.     Guru bersoal jawab dengan pelajar. (Brainstorming)

-       Apakah yang kamu lihat pada video tersebut?

-       Apakah perubahan yang kamu dapati selain dalam video tersebut?

3.     Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran hari ini.

LANGKAH PENGAJARAN

1.     Guru membahagikan pelajar kepada kumpulan untuk membina peta pemikiran secara berkumpulan.

(Peta i-Think) 

-       Kumpulan 1: maksud jahiliah

-       Kumpulan 2: keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akidah

-       Kumpulan 3: keadaan masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW dari segi akhlak

-       Kumpulan 4: sebab Rasulullah SAW diutuskan kepada masyarakat jahiliah

-       Kumpulan 5: nilai-nilai negatif masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW

2.     Setelah selesai, pelajar diminta menampalkan hasil tugasan di lima sudut sekitar kelas.

3.     Pelajar perlu bergerak ke setiap stesen bagi mendapatkan jawapan untuk melengkapkan helaian catatan

yang telah dibekalkan. (Hentian bas)

4.     Guru akan membacakan beberapa contoh akhlak.

5.     Sekiranya akhlak buruk yang disebutkan, pelajar sepatutnya bergerak ke sebelah kiri dan sekiranya

akhlak baik, mereka akan bergerak ke sebelah kanan secara serentak. (Attitude movement)

PENUTUP

1.     Guru menaikkan semangat pelajar agar membina jati diri muslim dengan kemantapan akidah dan

akhlak mahmudah.

2.     Guru mengingatkan pelajar agar menjaga batas pergaulan dalam kehidupan secara beradab dan

istiqamah.

3.     Guru membuat penilaian pentaksiran berdasarkan buku Teks mukasurat 100 sebagai Pentaksiran Bilik

Darjah.  (Pentaksiran Bilik Darjah PBD)