Minggu ketujuh ini bermula pada 15 Julai sehingga 21 Julai. Pada minggu ini, kelas pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa namun pada 15 Julai petang, kami unit pendidikan islam telah melaksanakan Program Sambutan Maal Hijrah peringkat MRSM Serting. Beberapa pengisian yang menarik yang dijalankan sebagaimana lampiran bergambar yang disediakan.
![]() |
| Tentatif Program |
![]() |
| Forum Maal Hijrah |
![]() |
| Bengkel Menjawab Soalan PAI Tingkatan 3. |
![]() |
| Menyelia mini assembly batch Tingkatan 3. |
![]() |
| Suasana Kelas PDP Pai Tingkatan 4. |
![]() |
| Program Sahur dan Iftar Jamaie. |
![]() |
| Bengkel dan taklimat Penggunaan AED secara hands-on. |
![]() |
| Program kecemerlangan pelajar SPM 2024. |
Berikut merupakan antara objektif dan perancangan pengajaran pada minggu ini iaitu :-
4.16.1
Menyatakan maksud, hokum dan dalil zakat.
4.16.2
Menjelaskan syarat wajib mengeluarkan zakat.
4.16.3
Menerangkan jenis zakat.
4.16.4
Menerangkan asnaf yang layak menerima zakat.
4.16.5
Merumuskan hikmah pensyariatan zakat.
4.16.6
Melaksanakan amalan bersedekah secara beradab dan istiqamah.
SET INDUKSI
Guru memaparkan gambar orang sedang membayar zakat. Pelajar
menghayati gambar yang dipaparkan.
(Guru mengemukakan soalan dan pelajar memberikan pandangan terhadap soalan yang dikemukakan dan mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran pada hari ini.
LANGKAH PENGAJARAN
1.
Guru
membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan bagi membincangkan
a.
maksud, hukum, dalil dan syarat
wajib zakat
- zakat
binatang
ternakan
- hasil tanaman
- emas, perak, mata wang
- perniagaan
f.
harta rikaz dan galian
2.
Pelajar
diberi masa berbincang dalam kumpulan dan hasil perbincangan ditulis di kertas
mahjung yang disediakan ditampal disekeliling kelas.
3.
Seorang
wakil kumpulan akan berada di galeri masing-masing untuk memberi penerangan
kepada kumpulan lain. (gallery walk).
- Guru mengukuhkan kefahaman pelajar
berkaitan persoalan di atas.
5.
Beberapa orang pelajar diminta
memberikan sumbangsaran secara lisan mengenai hikmah digalakkan untuk membayar
zakat (shout out).
6. Guru dan pelajar menyusun semula hikmah-hikmah yang telah disenaraikan secara sistematik.
PENUTUP
Pelajar diminta menyatakan peranan institusi zakat di Malaysia dan perbincangan dibuat antara guru dan pelajar-pelajar untuk menentukan jawapan yang betul.









.png)