Pada minggu kedua belas ini, 19 Ogos sehingga 23 Ogos 2024, para guru sibuk dengan pengisian kem Anugerah Remaja Perdana dan Kem Sahsiah Pelajar yang diadakan di Berhulu Camp. Penglibatan para pelajar bagi kem ini secara bergilir-gilir mengikut tingkatan. Dalam pada itu, bagi pelajar yang berada di maktab, mereka diberi pengisian secara indoor dan outdoor melalui agensi luar dan guru-guru. Namun, program minggu ini dimulakan dengan perasmian dan penyampaian sijil pemimpin kepada guru-guru yang dilantik sebagai pemimpin ARP.
Dalam kesibukan dengan aktiviti dan program pelajar, saya dah ahli kumpulan yang terdiri daripada guru-guru Jabatan Sains Sosial berusaha untuk menyiapkan tugasan kajian tindakan yang merupakan tugasan dari Bahagian Pendidikan Menengah MARA(BPM). Tajuk kajian kami ialah Amalan Menghasilkan Nota Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang memerlukan kepada responden dan pemerhatian secara fizikal.
Majlis Perasmian Program ARP bersama KBS.
![]() |
| Sijil Tauliah Pemimpin ARP yang disampaikan oleh Pengarah Negeri Kementerian Belia dan Sukan. |
![]() |
| Kajian tindakan bagi kelas tingkatan 1. |
![]() |
| Hasil aktiviti pelajar dalam kajian tindakan yang dijalankan. |
![]() |
| Memimpin Majlis halaqah bacaan Mathurat pelajar di Surau al-Huda. |
![]() |
| Melaksana program Jihad A+ Pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan 5 secara harian. |
![]() |
| Aktiviti gotong royong Surau al-Huda bersama pelajar tingkatan 4. |
![]() |
| Membantu pelajar kelas untuk menghias kelas sempena dengan pertandingan Bulan Kemerdekaan. |
![]() |
| Qiamullail para pelajar bersempena dengan Kem Solat Sempurna selama 2 hari 1 malam. |
SET INDUKSI (5 minit)
Bacaan Doa dan selawat.
Guru bersoal jawab dengan pelajar. (Brainstorming)
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran hari ini.
Guru menayangkan video pendek bertajuk “Video Saidina Abu Bakar As-Siddiq” sebagai gambaran nota berkesan.
Link video: https://youtu.be/ZGn2M44-GE4?si=_0kC2Xf0I8XAic2q
Reward and Punishment
LANGKAH PENGAJARAN
Langkah 1: (25 minit)
Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan mengikut tahap. (Expert group)
i. Kumpulan 1: Saidina Abu Bakar As-Siddiq
ii. Kumpulan 2: Saidina Umar Al-Khattab
iii. Kumpulan 3: Saidina Uthman bin Affan
iv. Kumpulan 4: Saidina Ali bin Abi Talib
Setiap kumpulan diminta untuk mencari isi penting tentang tugasan dan menulis isi penting tersebut dalam kertas mahjung.
Langkah 2: (25 minit)
3. Setiap kumpulan diminta untuk menampal kertas mahjung di sudut kelas mengikut stesen masing-masing untuk aktiviti Gallery Walk.
4. Pelajar bergerak mengikut arah jam bagi melihat hasil kerja rakan dan membuat catatan.
5. Aktiviti tamat setelah lonceng dibunyikan.
PENUTUP (5 minit)
Pelajar dipanggil secara rawak untuk membuat rumusan.









