بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Minggu kelima ini bermula pada 1 Julai sehingga 5 Julai 2024. Pada minggu ini, jadual dipenuhi dengan kelas pengajaran dan pembelajaran dan waktu petang diisi dengan mesyuarat, program dan aktiviti. Pada hari Isnin petang, majlis perhimpunan rasmi maktab diadakan dengan ucapan pihak pengurusan dan majlis penghargaan kepada pelajar atas kejayaan masing-masing di dalam aktiviti dan pertandingan yang disertai. Pada hari selasa petang pula, mesyuarat Hirarc bagi mengenalpasti hazard yang ada di kawasan maktab dan mencari solusi dalam mengatasi masalah-masalah yang ada mengikut tahap-tahap bahaya.
![]() |
| Perhimpunan rasmi maktab di Dewan Gemilang. |
![]() |
| Suasana kelas pengajaran dan pembelajaran di kelas. |
![]() |
| Mesyuarat Hirarc di Bilik Jempol. |
![]() |
| Antara tugasan guru asrama, memantau keadaan Dewan Selera. |
![]() |
| Mengenalpasti hazard di asrama at-Tarmizi. Gambar menunjukkan kabel yang tidak digunakan berjuntai dan status tidak diketahui samada ada voltan atau tidak. |
![]() |
| Proses mendapatkan sebutharga bagi menukar alas baru di tempat wuduk Surau. |
![]() |
| Pengisian program SEM bagi pelajar tingkatan 2. |
Berikut merupakan antara objektif dan perancangan pengajaran bagi minggu ini yang merupakan kelas pencerapan pertama bagi semester 3 ini:-
2.7.1 Membaca
hadis dengan betul.
2.7.2 Menyatakan
terjemahan hadis.
2.7.3 Menerangkan
sifat negatif yang dinyatakan dalam hadis.
2.7.4 Merumuskan
pengajaran hadis dan menghubungkaitkannya dengan kehidupan.
2.7.5
Menjauhi sifat negatif yag dinyatakan dalam hadis dan mengamalkan hadis sebagi
doa secara beradab dan istiqamah.
SET INDUKSI
- Bacaan hadis oleh guru dan pelajar.
- Pelajar membaca hadis bersama-sama guru.
- Link video (video klip) : https://www.youtube.com/watch?v=nbxefYSB_OA
LANGKAH PENGAJARAN
- Aktiviti berkumpulan: Tasmik bacaan dengan panduan guru
- Menulis intisari hadis dengan lengkap.
- Pembentangan kumpulan berdasarkan tajuk yang diberi.
1) Menerangkan sifat hadis
2)Kelebihan menjauhi sifat negatif.
3)Pengajaran yang dapat diambil.
PENUTUP
![]() |
| Cerapan pertama bagi Semester 3. |
![]() |
| Sesi penilaian pelajar melalui Quizizz e-card. |









.png)