Khamis, 6 Jun 2024

MINGGU KEEMPAT


 بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Minggu keempat ini bermula 24 Jun sehingga 28 Jun 2024, kelas pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Saya telah memulakan kelas minggu ini dengan agihan soalan dan perbincangan soalan ujian sebelum meneruskan dengan sukatan silibus bagi semester 1. Beberapa perkara ditekankan melalui panduan pencapaian pelajar dalam ujian setara lepas. 

Kelas Pengajaran dan Pembelajaran.


Antara tugasan warden, menyemak dan memantau Dewan selera.


Kursus BSMM di Kompleks Rakan Muda Jempol.


Memantau latihan silat para pelajar.


Mesyuarat Quartermaster sukan peringkat daerah Jempol di SMK Bahau 2.


Slot motivasi pelajar tingkatan 5, guru dan ibu bapa bersama pakar motivasi Dr Fadhilah Kamsah.



Selasa, 4 Jun 2024

MINGGU KETIGA


 بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada minggu ketiga ini, sesi persekolahan bermula pada 19 Jun 2024 setelah melalui cuti Hari Raya Aidil Adha. Kelas pengajaran dan pembelajaran mula berjalan seperti biasa setelah melalui minggu peperiksaan, minggu aktiviti dan cuti sekolah. Perancangan pengajaran minggu ini dan minggu hadapan menfokuskan perbincangan soalan-soalan peperiksaan Ujian Setara yang lalu. Selain itu, pada minggu ini juga, maktab akan dikunjungi oleh Pengerusi Mara, Ybhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki. Oleh itu, saya sebagai penyelia Surau Al-Huda perlu memastikan segala perkara yang melibatkan surau diurus dan ditadbir dengan baik dan tersusun. Beberapa gerak kerja telah dilakukan bagi mamastikan Surau dalam keadaan baik dan terurus. 

Menyelia Ujian Setara Pendidikan Islam tingkatan 5 bagi pelajar yang tidak hadir

Bertugas warden memantau Dewan Selera

Tukar cermin pintu Surau yang retak dan pecah

Menghiasi laluan ke Surau dengan kata-kata dan Hadis.

Perlawanan bola sepak persahabatan bersama dengan Pengerusi Mara.

Rangkuman video perlawanan persahabatan.

Pengisian selepas Maghrib yang disampaikan Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wajdi.

Rakaman kenangan Guru, kakitangan dan Pengerusi Mara.

Slot amanat Pengerusi Mara bersama guru dan kakitangan.



MINGGU KEDUA


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pada 10 Jun 2024, bermulalah minggu aktiviti dan sukan olahraga maktab setelah para pelajar selesai ujian setara Semester 1. Minggu ini pengisian para pelajar dipenuhi dengan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor yang diselia oleh guru-guru, kakitangan dan Badan Wakil Pelajar. 

Semakan nota dan catatan bermakna di Dewan Gemilang bagi semua pelajar yang melibatkan guru-guru sains sosial.


Persiapan dewan bagi Pesta SEM Type III

Sebagai Guru Penasihat bagi kumpulan SEM TYPE III


Lawatan penanda aras di Kolej Mara Seremban bersama guru dan kakitangan.

Sesi perkongsian MQS daripada Timbalan Pengarah KMS

Kelah homeroom di Rimba Ilmu bersama para pelajar homeroom Fatanah 3


Lawatan penanda aras di Kolej Mara Seremban bersama guru dan kakitangan.

Sesi perkongsian MQS daripada Timbalan Pengarah KMS

Kuliah Maghrib di Surau Al-Huda

Juri acara lompat tinggi

Suasana acara lompat tinggi bersama barisan pengadil


Latihan Qasidah bagi persembahan sempena majlis penutup Minggu aktiviti


Persembahan Qasidah pelajar


Bingkisan persembahan Qasidah oleh para pelajar





Isnin, 3 Jun 2024

MINGGU PERTAMA


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tarikh 4 Jun 2024,Selasa, bermulalah praktikal pengajaran saya di Maktab Rendah Sains Mara Serting bagi tempoh masa selama 12 minggu iaitu sehingga 23 Ogos 2024. Pada minggu pertama ini, antara pengisian dan tugasan adalah mengawasi kelas-kelas peperiksaan kerana minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi Ujian Setara Semester 1, 2024. Dalam masa yang sama, saya juga akan kongsikan berkaitan dengan pengisian lain seperti bertugas warden, mesyuarat, riadah pelajar dan sebagainya.
Mesyuarat Unit Pendidikan Islam

Mesyuarat Unit -  Analisa SPM 2023

Berikut merupakan bingkisan dokumentari sebagai pengawas peperiksaan bagi Ujian Setara Semester 1 MRSM Serting.
Kelas peperiksaan 

Pada 7 Jun 2024, Jumaat, pelajar telah membuat persediaan untuk sukan olahraga setelah selesai Ujian Setara pada hari Khamis. Saya diberi tugasan mewakili Rumah Sukan Syahbandar untuk mengelola dan memantau latihan pembarisan pelajar sempena dengan Hari Sukan dan Olahraga sekolah. Selepas waktu rehat, pihak maktab mengadakan majlis persaraan Kakitangan dan majlis perpisahan guru dan kakitangan yang akan berpindah. Saya diminta untuk menyempurnakan bacaan doa sebagai pembuka majlis.

Taklimat peserta rumah sukan Syahbandar

Latihan kawad 

Pemantauan latihan pembarisan oleh guru-guru.

Bacaan doa pembuka majlis


Pada 8 Jun 2024, MRSM Serting telah mengadakan majlis Apresiasi Kecemerlangan bagi tahun 2023. Majlis yang dijalankan penuh gilang-gemilang ini dengan kehadiran dari para ibu bapa, para pelajar cemerlang SPM 2023 dan semua guru-guru dan kakitangan. 


Majlis Apresiasi Maktab



ANALISIS SWOT( MINGGU UJIAN, AKTIVITI & OLAHRAGA)