Khamis, 5 September 2024

MINGGU KEDUA BELAS


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada minggu kedua belas ini, 19 Ogos sehingga 23 Ogos 2024, para guru sibuk dengan pengisian kem Anugerah Remaja Perdana dan Kem Sahsiah Pelajar yang diadakan di Berhulu Camp. Penglibatan para pelajar bagi kem ini secara bergilir-gilir mengikut tingkatan. Dalam pada itu, bagi pelajar yang berada di maktab, mereka diberi pengisian secara indoor dan outdoor melalui agensi luar dan guru-guru. Namun, program minggu ini dimulakan dengan perasmian dan penyampaian sijil pemimpin kepada guru-guru yang dilantik sebagai pemimpin ARP. 

Dalam kesibukan dengan aktiviti dan program pelajar, saya dah ahli kumpulan yang terdiri daripada guru-guru Jabatan Sains Sosial berusaha untuk menyiapkan tugasan kajian tindakan yang merupakan tugasan dari Bahagian Pendidikan Menengah MARA(BPM). Tajuk kajian kami ialah Amalan Menghasilkan Nota Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang memerlukan kepada responden dan pemerhatian secara fizikal. 

Majlis Perasmian Program ARP bersama KBS.


Sijil Tauliah Pemimpin ARP yang disampaikan oleh
Pengarah Negeri Kementerian Belia dan Sukan.
 
Kajian tindakan bagi kelas tingkatan 1.

Hasil aktiviti pelajar dalam kajian tindakan yang dijalankan.

Memimpin Majlis halaqah bacaan Mathurat pelajar di Surau al-Huda.

Pada minggu ini juga, program Jihad A+ Pendidikan Islam telah mula dilaksanakan secara rutin harian. Program ini merupakan cetusan dari Bahagian Pendidikan Mara melalui perkongsian dari MRSM Trolak. Ia merupakan salah satu medium ulangkaji para pelajar.
Melaksana program Jihad A+ Pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan 5 secara harian.

Pada hari Khamis, Program Gerak Gemilang batch Evonix telah mengadakan CSR di dalam kawasan maktab. Saya mengambil peluang ini untuk melaksanakan gotong-royong keceriaan Surau al-Huda. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mengecat dinding, menampal pelekat cermin, menyapu sawang, membersih karpet dan sebagainya.
Aktiviti gotong royong Surau al-Huda bersama pelajar tingkatan 4.

Membantu pelajar kelas untuk menghias kelas sempena dengan pertandingan Bulan Kemerdekaan.

Qiamullail para pelajar bersempena dengan Kem Solat Sempurna selama 2 hari 1 malam.


SET INDUKSI (5 minit) 

  1. Bacaan Doa dan selawat. 

  1. Guru bersoal jawab dengan pelajar. (Brainstorming)  

  1. Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran hari ini. 

  1. Guru menayangkan video pendek bertajuk “Video Saidina Abu Bakar As-Siddiq” sebagai gambaran nota berkesan. 

  1. Reward and Punishment 

  

LANGKAH PENGAJARAN 

Langkah 1: (25 minit) 

  1. Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan mengikut tahap. (Expert group) 

iKumpulan 1: Saidina Abu Bakar As-Siddiq 

ii. Kumpulan 2: Saidina Umar Al-Khattab 

iii. Kumpulan 3: Saidina Uthman bin Affan 

iv. Kumpulan 4:  Saidina Ali bin Abi Talib 

  1. Setiap kumpulan diminta untuk mencari isi penting tentang tugasan dan menulis isi penting tersebut dalam kertas mahjung. 

 

Langkah 2: (25 minit) 

3.  Setiap kumpulan diminta untuk menampal kertas mahjung di sudut kelas mengikut stesen masing-masing untuk aktiviti Gallery Walk. 

4.   Pelajar bergerak mengikut arah jam bagi melihat hasil kerja rakan dan membuat catatan. 

5. Aktiviti tamat setelah lonceng dibunyikan. 

 

PENUTUP (5 minit) 

  1. Pelajar dipanggil secara rawak untuk membuat rumusan.