Pada minggu kelapan bermula 22 Julai sehingga 26 Julai 2024, kelas pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa dan ada beberapa aktiviti dan pengisian antaranya ialah perjumpaan homeroom, lawatan penanda aras ke SBPI Jempol, mesyuarat, pengisian ceramah jemputan di Surau maktab, kelas Tamhidi waktu malam ujian lisan UTQH bagi tingkatan 5 dan program solat hajat dan bacaan yaasin bagi persediaan peperiksaan akhir semester 1 bagi tahun ini.
![]() |
| Perjumpaan homeroom Fatanah 3. |
![]() |
| Lawatan penanda aras ke SBPI Jempol. |
![]() |
| Kelas Tamhidi tingakatan 2 setiap Rabu malam. |
![]() |
| Perujian UTQH tingkatan 5 bagi Semester 1, 2024. |
![]() |
| Pengisian Kuliah Maghrib oleh Penceramah Jemputan. |
![]() |
| Program Solat hajat dan bacaan Yaasin bagi persediaan Peperiksaan akhir semester 1. |
6.11.1 Menyatakan pengertian sifat qanaah.
6.11.2
Menyatakan dalil naqli berkaitan dengan sifat qanaah.
6.11.3
Menyatakan contoh sifat qanaah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
6.11.4
Menjelaskan ciri sifat qanaah.
6.11.5
Menerangkan kesilapan tanggapan berkaitan sifat qanaah..
6.11.6
Merumuskan hikmah bersifat qanaah.
6.11.7
Mengamalkan sifat qanaah secara beradab dan istiqamah.
SET INDUKSI
Pelajar menonton video animasi seterusnya dibincangkan dapatan ilmu daripada video tersebut. Link : https://www.youtube.com/watch?v=jihETXKhEsE
LANGKAH PENGAJARAN
1.
Penerangan
guru tentang qanaah
2.
Soal
jawab maksud qanaah beserta contoh
3.
Pelajar dikehendaki menulis pada
ruangan (K/Know) apa yang mereka tahu dan (W/Want) apa yang mereka ingin tahu
tentang sifat qanaah. ( K-W-L) Guru meminta pelajar secara rawak
membacakan hasil penulisan pelajar dan mencatat di papan putih.
4.
Perbincangan
kumpulan dan pembentangan berdasarkan tajuk yang diberikan
- Contoh sifat qanah Rasulullah SAW
- Ciri-ciri sifat qanaah
- Salah faham tentang sifat qanaah
5. Rumusan pembelajaran oleh guru dan pelajar.
PENUTUP
Guru membuat penilaian pentaksiran berdasarkan buku teks muka surat
196 soalan 1,3,4 dan 5 sebagai pentaksiran bilik darjah.






