Ahad, 11 Ogos 2024

MINGGU KESEPULUH


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada minggu kesepuluh ini, 5 Ogos sehingga 9 Ogos 2024, semua tingkatan menduduki peperiksaan akhir semester 1. Program Gerak Gemilang juga diadakan sepanjang minggu peperiksaan ini bagi memberi ruang sepenuhnya kepada guru-guru bagi membantu segenap sudut para pelajar dalam menggapai kecemerlangan dalam akademik. Saya juga terlibat secara langsung dalam setiap program dan pengisian para pelajar dalam menjana kecemerlangan. Pada minggu ini juga, saya terlibat dengan kumpulan kajian tindakan yang merupakan tugasan dari pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Kajian ini berfokus kepada kepentingan nota kepada para pelajar. Kami mulakan melalui pembinaan abstrak dan pembahagian tugasan sebelum dilaksanakan kajian berfokus. 
Selain itu, mesyuarat Unit Pendidikan Islam juga diadakan bagi membincangkan perlaksanaan program Jihad A+ yang diusulkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA terhadap pelajar tingkatan 5 sebagai persediaan bagi menempuh peperiksaan SPM. Pada 9 Ogos, saya telah bersama pelajar BADAR mengadakan mesyuarat bagi pembentukan organisasi baru sebagai pelapis kerana pada bulan depan akan dilaksanakan pembubaran Sekretariat Kepimpinan Pelajar. Ini adalah persediaan awal bagi memastikan setiap aktiviti dan program Badar dapat disusun dengan baik.


Pengawas Peperiksaan 

Memantau dan memeriksa makanan di Dewan Selera.


Jadual tugasan Pengawas Peperiksaan.



Mesyuarat Unit Pendidikan Islam bagi membincangkan
perlaksanaanProgram Jihad A+.


Program PGG Pendidikan Islam.

Mesyuarat ahli BADAR bagi membentuk organisasi baru.