Jumaat, 16 Ogos 2024

MINGGU KESEBELAS


 بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

Pada minggu kesebelas ini, 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2024, para pelajar masih lagi mengharungi peperiksaan akhir semester 1 namun kelas program gerak gemilang sentiasa ada dalam membantu pelajar untuk megulangkaji dengan pemantauan dan bantuan daripada guru. Pada 12 Ogos 2024, slot PGG tingkatan 5 ada dua sesi iaitu petang dan malam. Guru penyelaras telah menyediakan tugasan-tugasan untuk pelajar dalam mengulangkaji topik dan sukatan peperiksaan. Para pelajar menunjukkan respon yang sangar baik dan bersemangat dengan pengisian yang disediakan. Pada minggu ini juga, saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan mengikut jadual yang dikeluarkan oleh unit peperiksaan maktab. Selain itu, saya juga menguruskan pelajar sukarelawan sukan olahraga peringkat daerah di SMK Dato' Mansor, Bahau selama 4 hari.

Pada 13 Ogos 2024, sesi temuduga pemilihan wakil pelajar yang akan bertanding dalam pilihan raya maktab telah diadakan bagi mengantikan barisan wakil pelajar yang lepas. Saya telah dilantik dalam kalangan guru untuk menjadi panel penemuduga bagi memilih calon yang layak dipertandingkan. Proses temuduga ini berlangsung lebih kurang 1 jam 15 minit. Semua pelajar menunjukkan persaingan yang sangat baik dalam mengemukakan hujah bagi setiap persoalan yang telah dilontarkan.

Pada 15 Ogos 2024, peperiksaan akhir telah selesai dan aktiviti gotong- royong kelas telah diadakan bermula selepas rehat sehingga tamat waktu persekolahan dengan pemantauan guru kelas masing-masing. Pada waktu petang, saya terlibat dengan mesyuarat bulan cinta Rasul sempena dengan Maulidurrasul yang akan diadakan bermula 2 September sehingga 28 September 2024.  Manakala pengisian pada keesokan hari pula, semua pelajar membuat gotong royong asrama kerana pada minggu ini, para pelajar pulang bermalam pilihan. majoriti dari kalangan pelajar pulang ke rumah masing-masing kecuali pelajar tingkatan 5 yang terlibat dengan program yang telah disusun oleh PGG. Pada hari Jumaat ini juga, saya mengikuti mesyuarat kajian tindakan dan mesyuarat Jabatan Sains Sosial. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan baik.

Jadual bertugas pengawas peperiksaan.



Menguruskan pelajar sukarelawan sukan olahraga peringkat daerah di SMK Dato' Mansor.


Bertugas warden



Slot PGG tingkatan 5 petang.



Slot PGG tingkatan 5 malam.



Temuduga calon BWP.


Kelas hafazan Tamhidi setiap Rabu malam.



Poster ucapan dari Unit Pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan 5.


Poster gotong-royong kelas.


Mesyuarat team kajian tindakan Jabatan Sains Sosial MRSM Serting.