Jumaat, 2 Ogos 2024

MINGGU KESEMBILAN


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada minggu kesembilan ini, 29 Julai sehingga 2  Ogos 2024, peperiksaan akhir semester 1 telah bermula bagi para pelajar menengah atas manakala bagi pelajar menengah bawah akan bermula peperiksaan pada minggu hadapan. Hal ini demikian, program gerak gemilang telah dilaksanakan kepada semua tingkatan pada setiap petang dan malam bagi memastikan pelajar lebih komited dalam persediaan untuk menduduki peperiksaan. pada 31 Julai 2024, saya telah dicerap buat kali kedua oleh mentor lantikan UPTM bagi semester yang ketiga. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kaedah pak-21 yang saya gunakan dalam pengajaran kali ini ialah hot seat. Respon pelajar sangatlah baik dan objektif pembelajaran dapat dicapai. Berikut merupakan objektif pembelajaran:-

4.4.1 menyatakan maksud, hukum, dalil naqli serta alat-alat istinjak.

4.4.2 Menjelaskan kepentingan beristinjak

4.4.3 Melakukan tunjuk cara beristinjak dengan alat-alat istinjak secara betul.

4.4.4 Menerangkan adab-adab qada’ hajat.

4.4.5 Mengamalkan istinjak yang sempurna

         secara beradab dan istiqamah.

SET INDUKSI

1.     Guru bersoal jawab dengan pelajar. (Brainstorming)

-       Apakah maksud qada’ hajat?

-       Guru menayangkan beberapa gambar bagi alat untuk beristinjak.

2.     Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran hari ini.

 

LANGKAH PENGAJARAN

1.     Beberapa orang pelajar diminta membacakan maksud, hukum dan dalil naqli istinjak.

2.     Guru menerangkan secara ringkas bagi keseluruhan sub topik.

3.     Pelajar dipecahkan kepada 4 kumpulan kecil.


1.     Pelajar membincangkan topik di dalam kumpulan kecil dengan peruntukan masa yang diberikan.

2.     Guru akan membantu memberikan penerangan mengikut kumpulan kecil.

3.     Di akhir perbincangan, setiap kumpulan perlu memilih seorang wakil kumpulan untuk berada di hot seat.

4.     Setiap kumpulan perlu menyediakan 3 soalan berkaitan topik.

5.     Wakil kumpulan akan melontarkan soalan kepada pelajar di hot seat dan pelajar perlu bersaing untuk menjawab soalan dengan tepat.a

6.     Guru menayangkan video simulasi cara istinjak dan pautan :

https://www.youtube.com/watch?v=fnzOFSieNmw

 

PENUTUP

1.     Guru membuat penilaian pentaksiran berdasarkan kuiz sebagai Pentaksiran Bilik

Darjah.  (Pentaksiran Bilik Darjah PBD)

2.     Dan pautan : https://wordwall.net/ms/resource/20022054

3.     Guru menayangkan contoh soalan KBAT dan jawapannya bagi topik ini.



Pengawas peperiksaan akhir semester di Dewan gemilang

wacana ilmu dari guru dan kakitangan MRSM Serting.



Program PGG tingkatan 3. Guru memberikan tugasan
dan pelajar perlu melaksanakan secara berpasangan.

Cerapan kali kedua oleh mentor bagi semester 3.

Cerapan kelas 1 Ibnu Batuta.