بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pada minggu ketiga ini, sesi persekolahan bermula pada 19 Jun 2024 setelah melalui cuti Hari Raya Aidil Adha. Kelas pengajaran dan pembelajaran mula berjalan seperti biasa setelah melalui minggu peperiksaan, minggu aktiviti dan cuti sekolah. Perancangan pengajaran minggu ini dan minggu hadapan menfokuskan perbincangan soalan-soalan peperiksaan Ujian Setara yang lalu. Selain itu, pada minggu ini juga, maktab akan dikunjungi oleh Pengerusi Mara, Ybhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki. Oleh itu, saya sebagai penyelia Surau Al-Huda perlu memastikan segala perkara yang melibatkan surau diurus dan ditadbir dengan baik dan tersusun. Beberapa gerak kerja telah dilakukan bagi mamastikan Surau dalam keadaan baik dan terurus.
 |
| Menyelia Ujian Setara Pendidikan Islam tingkatan 5 bagi pelajar yang tidak hadir |
 |
Bertugas warden memantau Dewan Selera
|
 |
| Tukar cermin pintu Surau yang retak dan pecah |
 |
Menghiasi laluan ke Surau dengan kata-kata dan Hadis.
|
 |
| Perlawanan bola sepak persahabatan bersama dengan Pengerusi Mara. |
Rangkuman video perlawanan persahabatan.
 |
| Pengisian selepas Maghrib yang disampaikan Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wajdi. |
 |
| Rakaman kenangan Guru, kakitangan dan Pengerusi Mara. |
 |
| Slot amanat Pengerusi Mara bersama guru dan kakitangan. |