Isnin, 3 Jun 2024

MINGGU PERTAMA


 بسم الله الرحمن الرحيم
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada tarikh 4 Jun 2024,Selasa, bermulalah praktikal pengajaran saya di Maktab Rendah Sains Mara Serting bagi tempoh masa selama 12 minggu iaitu sehingga 23 Ogos 2024. Pada minggu pertama ini, antara pengisian dan tugasan adalah mengawasi kelas-kelas peperiksaan kerana minggu ini merupakan minggu peperiksaan bagi Ujian Setara Semester 1, 2024. Dalam masa yang sama, saya juga akan kongsikan berkaitan dengan pengisian lain seperti bertugas warden, mesyuarat, riadah pelajar dan sebagainya.
Mesyuarat Unit Pendidikan Islam

Mesyuarat Unit -  Analisa SPM 2023

Berikut merupakan bingkisan dokumentari sebagai pengawas peperiksaan bagi Ujian Setara Semester 1 MRSM Serting.
Kelas peperiksaan 

Pada 7 Jun 2024, Jumaat, pelajar telah membuat persediaan untuk sukan olahraga setelah selesai Ujian Setara pada hari Khamis. Saya diberi tugasan mewakili Rumah Sukan Syahbandar untuk mengelola dan memantau latihan pembarisan pelajar sempena dengan Hari Sukan dan Olahraga sekolah. Selepas waktu rehat, pihak maktab mengadakan majlis persaraan Kakitangan dan majlis perpisahan guru dan kakitangan yang akan berpindah. Saya diminta untuk menyempurnakan bacaan doa sebagai pembuka majlis.

Taklimat peserta rumah sukan Syahbandar

Latihan kawad 

Pemantauan latihan pembarisan oleh guru-guru.

Bacaan doa pembuka majlis


Pada 8 Jun 2024, MRSM Serting telah mengadakan majlis Apresiasi Kecemerlangan bagi tahun 2023. Majlis yang dijalankan penuh gilang-gemilang ini dengan kehadiran dari para ibu bapa, para pelajar cemerlang SPM 2023 dan semua guru-guru dan kakitangan. 


Majlis Apresiasi Maktab



ANALISIS SWOT( MINGGU UJIAN, AKTIVITI & OLAHRAGA)